04 August 2011

Nasihat Untuk Perempuan (yang tak kawen lagi la)

..:: assalamualaikum ::..

tadi yana terbaca di facebook kengkawan (pinjam jap erk dayah is)
tentang memilih calon suami..kehkeh..gatal ooo..haha
bukan begitu..sekadar untuk berkongsi..yana goreng sendiri tau

pesanan daripada orang yang berpengalaman
> jangan pilih lelaki yang duk jauh sangat
> banyakkan bacaan tentang rumahtangga
> 10 perkara tentang lelaki
> jangan takut memasak kat umah mertua


jangan memilih lelaki yang duk jauh sangat
Ramai anak-anak muda sekarang yang bercintan-cintun. Eh yang tua pun sama gak ingat anak muda jer boleh bercinta (kes orang tua yang tak sedar diri..dah tua bangka pun nak cari lain gak ker). Kalau boleh pilih la lelaki yang dekat-dekat je. Sama negeri ker, sama daerah ker, kampung ker, sebelah umah la lagi bagus. Rasionalnya sebab senang. Nak balik kampung pun senang coz tak payah drive jauh-jauh. Kalau jauh ish minyak keta lagi, duit belanja lagi..Bila dah kahwin susah wei..bini nak balik kampung dia, laki lak nak balik kampung dia. Kang gaduh kang. Pilih yang dekat-dekat ni senang. Kalau mak ayah sakit senang je nak jenguk. Bayangkan kalau korang kawin ngan orang jauh. Nak-nak orang Sabah. Nak balik ke kampung bukan main susah lagi (minta maaf yer orang Sabah, kasi contoh je). Nak senang cari yang dekat ok.

banyakkan bacaan tentang rumahtangga
Haha..yang ni aku gelak. Mana la aku tau pasal hal rumahtangga. Yang penting ada rumah dan ada tangga la kot..kehkehkeh. Aku rasa la yang ni korang kena tahu la pasal hal-hal rumahtangga. Macam jaga tepi kain sendiri. Tak payah pergi jaga tepi kain orang. Tak ada sape suruh pun. Sebelum kawin, baca la pape yang berkaitan ngan rumahtangga. At least korang ada pengetahuan walaupun sikit. Nanti dah kawin ini tak tau itu tak tau. Suruh lipat baju tak tau, suruh masak pun tak tau..kang naya kang.

10 perkara tentang lelaki
Dah jadi awek orang mesti korang tau ape lelaki suka dan ape lelaki tak suka. Orang lelaki sebelum kawin lain, selepas kawin ni lain pulak perangainya. Macam akak yana kata, kalau berjanji dengan lelaki sebelum kahwin, ce.."abang tak kesah awak nak duk mana lepas ni. Nak ikut umah abang pun tak pe. nak ikut umah awak pun tak pe". Lepas kawin, lelaki akan menggunakan kuasa vetonya "tak boleh! awak sebagai isteri saya kena ikut cakap saya. Bukan ke hari itu awak janji nak ikut saya duk kampung saya"...nah ambik kau. Kalau berjanji dengan lelaki macam ni la.Janji mesti ditepati katanya. Fahamilah tentang lelaki ni. Bila dia naik marah jangan pulak korang pi tambah api lak. Duk diam sudah. Nanti diam la dia nanti. Bukan susah pun nak faham.kehkehkeh.

jangan takut memasak kat umah mertua
ini yang susah ni. Ko ingat aku reti masak ker? Masalah perempuan zaman sekarang ini dia. Eleh, macam la yana pandai masak. Tapi, jangan takut memasak di rumah mertua. Masak la ape saja. Nasi goreng pun jadi la. Tak payah nak advance sangat sampai masak nasi minyak + paprik + gulai ikan + bla bla. Cuba la korang try masak benda yang senang kat umah mertua. Takut pun takut gak. Takut kena kritik masak tak sedap.hahaha..tapi kalau dah cuba pun kira ok la. Korang tak malu ker duk umah mertua berminggu-minggu, berbulan-bulan tanpa korang memasak langsung kat umah mertua. Wei aku pun malu gak duk umah orang tanpa buat pape. Tahu makan je. Tebal gak muka ni. Tak nak masak tolong buat air pun dah cukup. Senyum lebar gak mak mertua korang..hoho...psssttt..yana tak kawen lagi la..kehkeh..ape ape pun cubalah memasak bila duk kat umah mertua erk....


* jangan memilih sangat, sampai ke tua tak kawin la korang

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

9 suka ayam goreng:

faRHa@miSS Vio said...

huhu...nice tips ... ^_^

El Yana said...

thanks

Amoi Farah said...

tips yang bagus nanti bila sy dah nak kahwin boleh bukak balik ^_^

El Yana said...

haha..boleh je amoi farah

♥♥ arabella ♥♥ said...

nice info..hihi

Cik Bell said...

seram gak aihh nak tumpang dapur mertua..huhu

El Yana said...

haha..bukan keluar an2 pown

Cik Kidal said...

Nice entry cik EL Yana~ suka suki ^^,

El Yana said...

tq cik kidal

>
 
copyright by > Cikelyana