19 August 2011

Drawing Mural


Huawrgghhh...lama gila tak update pasal story-mory yana. Yana tersangatlah sibuk sekarang ini memandangkan seminggu je lagi nak balik kampung...hooreyyy! Dah nak raya..perasan..kerja tak siap lagi..huh!

Semenjak dua menjak ni Yana sangat busy untuk menyiapkan mural yana. Alhamdulillah walaupun dilanda pelbagai dugaan, yana tetap tabah ok! Dugaan di bulan Ramadhan yang bermula dengan kerosakkan encik laptop dan ditambah dengan dugaan-dugaan lain. Semoga Allah menguatkan semangat Yana pada masa-masa yang akan datang..InsyaAllah..

Kerja yang masih belum siap lagi adalah menghasilkan "Mural". Korang tau tak ape tu Mural? Alah menda yang duk conteng-conteng kat dinding sekolah tu



Ini adalah hasil cat mural dinding yang dihasilkan oleh adik-adik junior yana

Tapi yana tak buat kat dinding la...mau nya pengsan kat situ..penat wooo..yana cuma buat atas kanvas je dalam 1 meter lebih kot panjangnya. Firstly kitorang kena potong kain kanvas dulu pastu kena regangkan kanvas pada frame atau kayu yang kitorang tempah dengan harga RM42..ok mahal tau kalau membabitkan kerja seni ni.



nak kena regang kanvas siap kena guna player lagi tau 

Dah siap proses meregang kanvas kitorang kena cat emulsion pada kanvas dengan hanya 1 lapisan sahaja. Tak perlu banyak-banyak dan kitorang memang malas pun..hahaha


proses menyapu cat emulsion pada kanvas


Sebelum mengecat kitorang kena lukis dulu atas kertas lukisan. Kira macam kajian mural kita la sebab nanti kitorang kena ada folio tau. Ingat senang ker?..hekhek...ini watercolour yang yana guna 1 cap ayam 1 cap kambing..


ni watercolour yang yana selalu guna waktu amik SPM lagi..ni kira cap ayam punya watercolour la


yang ni pula jenama ALPHA..mahal seyhh..tapi dia punya warna sangat cantik dan terang kalau guna jenama ni. Kebanyakan orang ramai guna watercolour ni la


proses nak colourkan dia atas kertas lukisan..cece..


ini pulak hasil yang yana buat dah masih dalam proses untuk menyiapkannya

TENGOK!!! Betapa susahnya nak buat. Nampak macam senang tapi sebenarnya susah. Jangan ingat kami hanya duk bersenang-lenang je selama ini. Korang ingat boleh tidur macam encik TEDDY BEAR yana macam ni ker?


ini Encik Teddy Bear yang menggantikan tempat yana tidur di malam hari sebab yana selalu tidak tidur malam dan hanya tidur pada siang hari ok!



ps : Doakan yana dapat menyiapkan mural dengan baik ok..terima kasih..assalamualaikum

~ k baiii ~





Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

9 suka ayam goreng:

Sheila Adziz said...

cantik drawing tu... sy dah lama cari... jual tak.. hehehe

Sha said...

beruntungnye pndi buat mural..cantik2..

Eyqa Hasnan said...

alahai ! chanteknya mural tu .

El Yana said...

Pn. Sheila, mural ini bukan untk dijual..hehe. Sha + Eyqa : thanks

EjAt_mU89 said...

jln cni

Cik Caah said...

ca'ah pun suka ayam goreng,eh? haha

lawanya lukis,ca'ah tgn keras,tak berseni. huhuuuuu

Anonymous said...

cantik. ni mmg tangan berseni ni. hehe. ^^

p/s : yana done follow sini. thanks! :)

S.A.I.N.A said...

wahhh..cantik!

~RizaL~ said...

wah, cantik nya.. =)
jom singgah sini,

Berat kew blog nie..?

btw, rizal dah follow kamu.. =)

>
 
copyright by > Cikelyana