16 July 2011

Boneka Tangan Kura-Kura

..:: assalamualaikum ::..

hari ini tetiba je rasa rajin untuk post pasal aktiviti seni
ngeh3!
ok jom kita tengok apa yang kita nak buat
kita nak buat boneka tangan
macam-macam boneka dah yana dah buat sebelum ini

tapi hari ini kita nak ajar awak buat boneka kura-kura
tajuk macam kelakar jerk..hikhikihik

ok apa bahan yang kita perlukan 
kertas warna
pinggan kertas
gunting
gam
kad manila
stapler
marker pen

cara untuk mengahsilkannya boleh tengok kat bawah ini 

1. Koyakkan kertas warna dengan tangan anda 


2. Tampalkan kertas yang dikoyak tadi pada pinggan kertas


3. Ambil kad manila dan lukis bentuk kepala dan 4 kakikura-kura dan potong
dengan menggunakan gunting


4. Staplerkan kepala dan kaki pada pinggan kertas
dan bahagian belakang pinggan kertas staplerkan bersama separuh pinggan 
kertas yang telah dipotong..boleh rujuk sini


5. Lukis mata dan mulut kura-kura dengan menggunakan marker pen


6. Hasil akhir jadi la macam ini dan boleh main



....kalau SUKA boleh LIKE yer....


Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

0 suka ayam goreng:

>
 
copyright by > Cikelyana