Assalamualaikum !
Bersambung kembali cerita tetang duit nuffnang , Tahun lepas jaga budak kecik mmg terpaksa lupakan hajat untuk bercuti . So tahun ni pun ambil kesempatan sempena hari pekerja nak la juga pergi Bukit Gambang Resort City . Lama dah teingin nak pergi tapi apakan daya duit nya tak cukup . hahaha . baru settle duduk rumah baru . Rasa macam duit tu cepat sangat datang dan pejam mata dah habis . sob-sob .
I ni rajin benar sangat duk scroll web groupon. Kalau boleh hari-hari nak tengok tempat mana yang murah untuk travel . Ko click je mana yang mana yang berkenan lepas tu bayar guna card credit atau debit . Senang . So far yana dapat harga RM190 stay di Carribean Bay Resort untuk 2D1N + 2 persons for breakfast + 2 entrance ticket waterpark + flying fox . Mana nak dapat dengan harga macam ni mak munah woi . Stay resort dia pun dah berapa dah kenss . Memang murah . Dah beli terus groupon hantar voucher dekat email .
mana nak dapat harga macam ni kensss
voucher groupon yang di hantar dekat emel
Okeh belum settle lagi . Bila groupon dah hantar voucher you kena booking dengan pihak hotel pulak . Kena gitau nama, no handphone, tarikh check-in dan check out dan send ke alamat email hotel reservation@bgrc.com.my . Dalam masa 24 jam diorang akan reply dengan booking confirmation. Make sure korang booking awal dengan pihak hotel . Seminggu sebelum bercuti dan kalau awal pun lagi elok takut pernuh je . huhuhu.
booking confirmation dari pihak resort
Masa yang di nanti dah tiba . Check-in kitorang memang lambat. Dalam kul 6 petang baru sampai . Kitorang dah print siap2 dengan booking confirmation dari pihak hotel dan voucher groupon. Kalau hujung minggu ada surcharge tapi tak ingat dah berapa , Tambah lagi dengan deposit pun tak ingat jugak. hahaha. Tak daya lama sangat nak sampai Gambang . muahaha.
Carribean Resort . ada pool okeh
katil single dirapatkan
tv agak kuno di sini
Thaqif dah start buat kerja
peti ais pun ada
Bilik hotel memang luas. Thaqif siap ke hulu ke hilir dalam bilik. Ada dapur dan beranda serta bilik air yang sangat bersih . Bilik ni 10 orang pun boleh muat lagi . Malam tu pergi makan dekat Ana Ikan Bakar di Tanjung Lumpur . Ramai gila orang kat sini. Pukul 11 malam baru dapat makan . sob sob. Balik-balik terus tido di tambah pulak Thaqif ni demam.
Ana Ikan Bakar , Tanjung Lumpur
Pagi-pagi bangun awal sebab nak breakfast. Tak sempat nak snap gambar sebab handphone tinggal dalam bilik . So far yana bagi 4 bintang memang sedap , Banyak pilihan dan tempat pun selesa je. Lepas makan balik tido dalam bilik . hahaha. Pukul 11 pagi baru siap2 nak pergi waterpark . Lepas check-out terus ke waterpark . Perghhh sampai je sana tak ada parking wei . Jenuh gak duk pusing cari parking. Di sarankan datang awal nanti jauh nak parking. Ticket waterpark kitorang ambil dekat kaunter belakang bukan kaunter yang ramai-ramai tu . Pastu tengok pelampung semua dah full orang sewa. Menyesal betol tak datang awal .
budak botak yang penakut dengan air
Jumpa lagi
I tak ada la beria sangat nak main air . Tengok Thaqif main air pun dan cukup . Encik B pulak hilang entah ke mana dah . Lepas tu datang semula dekat kitorang katanya semua permainan nak guna pelampung. Sedih betol . hahaha. Better datang ramai-ramai lagi best senang nak menjaga anak-anak kecil ni .
So far ok la . Yana bagi 4 bintang untuk hotel . muahaha. Nanti nak datang stay dekat Arabian Bay Resort la pulak baru puas hati . muahahaha.
No comments:
Post a Comment
Power Rangers Lawan Atromen.. Jangan Lupa Komen ◕‿◕