Assalamualaikum !
Baju pengantin ni memang susah nak pilih . hahaha . gila rambang mata nak pilih design dan nak warna macam mana. Selalunya kalu yana orang pompuan warna pink tetap menjadi pujaan . hehe . Kebanyakan design sekarang dia gabung dua warna. Baru cantek dan nampak style baju tu lagi modern. Tapi ikut kesesuaian design la. Contoh design warna pink yang yana suka ni macam blogger amoi ni pakai. Cantek tersangat-sangat la.
yang ni baju pilihan yana dekat butik pengantin
Warna yang popular sejak kebelakangan ni adalah warna hijau emerald. Warna ni menjadi rebutan selepas Scha kahwin. Lepas tu yana terperasan bini si asraf yang nombor dua tu kan kan pun pakai baju warna hijau ni.
kita pun guna warna hijau emerald gak untuk baju kahwin persalinan kedua
Next, warna biru. Warna ni memang fevret yana sebenarnya tapi apa kan daya masa pergi butik tu design dia tak cantik. Last-last kita ambil warna kuning untuk outdoor. Memang tak pernah minat warna kuning tapi sebab baju tu nampak comel so kita grab je la. hihihi.
Last sekali kita pilih warna pastel. Rasanya yang ni warna mint green kalau tak salah yana la. Yang ni pun warna yang popular untuk tahun 2014. So, sape-sape yang nak kahwin tahun 2014 ni boleh cuba warna mint green ni.
Gambar last tu baju bertandang kita. Kita beli siap je baju tu pastu tambah bunga 3D sikit. Veil pun kita buat sendiri. Punya la minat sangat warna hijau petronas ni. Kalau tengok kat kedai-kedai kain memang susah nak jumpa warna ni. Dah macam-macam tempat dah kita pergi. Last sekali jumpa kat Nagoya kain ni. Yana beli kain untuk baju lelaki sahaja. Itu saja contoh baju pengantin yang digemari yana setakat ni. hikhik.
Salam..saya b2b tahun 2014 :) Mmg suka sgt kat warna pastel ni.
ReplyDelete@Fiza B amik je warna pastel . photographer pun suggest guna warna ni sbb cantik dalam gambar
ReplyDeletesori i x clear la ngn kaler baju tu. sebb page u ni pic nye kabur
ReplyDeletesy xpasti la hijau k turqoise ye pic last 2?
ReplyDelete@fazliana last pic tu kita panggil hijau petronas
ReplyDeleteHjau ptronas tu nama die teal colour :)
ReplyDeleteWahhh cantik la hjau emerald ni..mmg tgh svey color ni...thanks
ReplyDelete