07 December 2012

Resepi Kek Chocolate Moist paling mudah

Assalamualaikum !

Wah! Rajin btol yana buat kek coklat ni. Sebelum ni bukan main malas lagi nak buat. Sebenarnya bukannya malas tapi yana tak jumpa resepi yang mudah untuk yana buat. Memang dah lama gila dah nak buat kek coklat dan Alhamdulillah first time buat memang menjadi. Dapat pujian 5 star dari ayah, akak, adik, abang dan qaireen. Kira cukup ah 5 orang jadi 5 star..hahaha. Resepi ni yana dapat dari seorang blogger ni. Lupa lak blog dia.

Sila abaikan topping yang berlebihan...hahaha

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan serbuk koko (diayak)
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas


Topping
Coklat masakan (masak secara double boil)


Cara membuatnya

1) Pukul telur dengan gula kastor tadi sehingga kembang.
2) Masukkan satu sudu kecil esen vanilla, soda bikarbonat, dan baking powder.
3) Masukkan 1 cawan susu pekat pastu kacau dan masukkan minyak masak (guna stand mixer je senang)
4) Next, masukkan serbuk koko dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau.
5) Last sekali masukkan air panas satu cawan dan kacau sehingga sebati.
6) Dah siap boleh masukkan dalam loyang dan bakar atau kukus selama 1 jam. Depends dekat korang punya kek la.
7) Dah siap boleh letakkan topping. Cara memasak double boiler tadi korang boleh rujuk sini. Siap boleh letak dalam peti.

Macam biasa Qaireen akan menjadi pelanggan pertama untuk mencuba kek ini. Katanya sedap sampai tak sempat nak tunggu yana letak topping pun dia dah makan sah. huh. 


18 comments:

  1. topping yg berlebihan tu lah nampak sedap...he3.... patutnya hias sekali dgn topping tu.....

    ReplyDelete
  2. saya credits kat pada anda ye di blog saya :)

    ReplyDelete
  3. Raya ni yasmeen n husna boleh buat.

    ReplyDelete
  4. Saya sdh cube resipi ini cume saya tkrkn topping dia white choc sbb choc x de.huu..tp sedap amat lah!!!!

    ReplyDelete
  5. @alex lex depends dekat oven la. dalam sejam stgh gak. cuba cucuk dgn lidi ke ape dulu. kalau berminyak still xmasak lagi

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum . terima kasih sudi share :) ada masa kita nak mencuba lah :D kita amek tau resepinya :D -done follow-

    ReplyDelete
  7. dlm gmbr bahan2 sis,ada susu cair,plu masukkn jugak ke? sbb dlm list bahan2 sis xda susu cair cuma susu pekat...

    ReplyDelete
  8. @Anonymous susu cair tu salah letak gambar. hihi. sorry

    ReplyDelete
  9. Salam, kalau pilih utk bakar kek,suhu & minit brapa ya ?

    ReplyDelete

Power Rangers Lawan Atromen.. Jangan Lupa Komen ◕‿◕